Tuesday 1 January 2013

Selepas 2 hari implement jadual...

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari ke-2 tahun 2013. Alhamdulillah..

Saya dah mula mengikut jadual yg saya buat tu bermula dari hari isnin lepas. Bermula dengan selepas mereka pulang dari taska. maka malam tu bermulalah solat maghrib bersama anak-anak, mengajar mereka mengaji menggunakan iqra', makan malam bersama dan mengulangkaji pelajaran bersama.

Hari ahad hari tu saya dah mula cerita tentang Nabi Adam kepada anak-anak, itupun saya guna bantuan buku kanak-kanak. Honestly, saya pun kurang arif tentang sirah 25 rasul ini. untuk bercerita panjang dengan mereka memang lah saya akui saya tak pandai. Jadi cara yang paling baik ialah saya belikan buku, dan bacakan pada mereka. Anak2 saya ni memangla suka sangat kalau saya bacakan buku untuk mereka.

Solat Maghrib bersama anak-anak.

Kami solat di ruang tamu (sebab luas sikit). Abahnya ke surau, maka mamanya la yang jadi 'imam' (solat di depan, anak2 solat di belakang). Masa nak solat bersama malam pertama ok lagi, sebab si Izzudin hanya sibuk berebutkan sejadah kecik tu je, dia nak ikut solat sekali. Bila bagi satu untuk dia, dia pun senyap dan solat sekali walaupun berlari2 di depan, tapi dia tak kacau mama. Masuk hari kedua.. dia dah mula banyak kerja. Bila saya sujud dia naik atas belakang, bila saya duduk antar dua sujud dia tarik telekung. Adam sampai tak boleh solat sebb mengawal adiknya. Dia tak bagi Izzudin kacau saya sedang solat, bagus anak mama ni.. Dia kata "ahmad, jgn la tarik2 mama, kesian mama.. mama tu harta tau". apa maskudnya harta tu saya pun tak pasti hehehe. Lepas kacau mama dia sibuk panjat kerusi pulak, main buka tutup suis.. aduhaiiii....

Adam dan aisyah boleh solat dari segi amalinya, cuma bacaan mereka masih perlu dibetulkan lagi.. Nampaknya saya tak boleh solat bersama-sama mereka kecuali watu Ahamad Izzudin tidur, sbb tak pasal2 mama tak khusyuk solat dibuatnya. Mungkin pendekatan selepas ini ialah saya solat dulu, kemudia baru saya perhatikan anak2 saya solat sambil saya mengawal Izzudin supaya tak kacau abang dan kakaknya. Dengan cara ni boleh saya semak bacaan dan amali solat mereka sekali..

Mengajar anak-anak Iqra'

Sememangnya part yg ni paling mencabar kesabaran saya. Sebab si Izzudin pun nak jugak rehal dan buku iqra', dia pun nak mengaji.. Bila saya mengajar kedua2 Adam dan Aisyah serentak, memang tak sama pace. Adam dah bnyak kenal huruf, bacaannya pun cepat dan lancar dan sekejap je dah alih mukasurat sebelah. Si Aisyah sangatttt menguji kesabaran. Memang malam pertama tu saya naik suara dan rasa hilang sabar jugak la.. huhuhuu.. malam pertama duk ulang alif ba ta je lagi..

Saya rasa saya tak boleh ajar mereka serentak.. sbb bila saya ajar aisyah lebih sikit (sbb dia memerlukan perhatian dan kesabaran yg lebih), si adam dah panggil2 saya untuk semak bacaan dia.. aduiii.. tak menang tangan..

Rasanya malam ni saya kena ajar sorang2 kot. Mula2 saya ajar aisyah dulu, biar adam buat hal sendiri (tidak dibenarkan tengok tv, sbb abahnya dah buat undang2, bermula dari azan maghrib sehingga pukul 8 atau sehingga selesai mengaji, tak dibenarkan buka tv)..Lepas aisyah dah siap, baru saya ajar adam pula..

Mengulangkaji pelajaran

Yang ni setakat ni Alhamdulillah, boleh lagi. Saya dah belikan buku latihan setiap subjek utk mereka masing2. Hari isnin dah start dengan BM dan malam tadi Matematik. Setakat ni adam dan aisyah menunjukkan minat utk buat latihan.. yela sebb belum start sekolah yang kena bangun pukul 6.30 pagi lagi kan... Malam ni saya nak tengok respon mereka macam mana..

Setakat ni update saya untu kali ini.. saya masih lagi mencari tips2 dan kaedah2 untuk mengajar anak2 ini.. Semoga Allah permudahkan dan kurniakan saya dengan kesabaran dan tenaga yang cukup... Aminnn

Friday 28 December 2012

2013 yang bakal menjelma...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur sehingga hari ini. Kalau dipanjangkan umur lagi, dgn izinNya bertemulah dgn tahun 2013 yg tinggal 2 hari lagi.

Tahun 2013 ni Adam akn berada di tadika 6 thn, Aisyah di tadika 5 thn dan Ahmad akn menginjak ke 2 thn 17 mac 2013 nnti dan masih di taska. Cuma cikgunya kata akn bawa Ahmad ke playschool sbb perkembangannya yg memberansangkan. Alhamdulillah... Yg baik itu dr Allah SWT.

Untuk thn depan saya berazam untuk menjadi 'madrasah' untuk anak2 saya. Saya betul2 terkesan dgn kata2 ustaz pahrol yg menyatakan ibu itu merupakan madraah utk anak2nya. Dan wanita itu Allah ciptakan sungguh istimewa kerana walau mcm mana byk pun beban tanggungjawab yg dipikul, wanita sebenarnya boleh handle.

Saya juga ada terbaca yg sebaik2 guru adalah ibu bapa anak2 itu sendiri. Dan anak2 yg hebat adalah dari ibu yg hebat insyaAllah..

Saya akui saya telah byk khilaf dlm membesarkan anak2 saya. Masa ada bibik dulu, semua saya biarkan bibik yg uruskan sampai bibik plak jd mcm tuan rumah. Huwaaa!! Bila dah takde bibik plak saya terlalu tumpukan pada household chores sehingga tiada masa yg luangkan untuk mendidik dan berkomunikasi secara ilmiah dgn anak2. Kalau ada masa diluangkan bersama pun adalah waktu santai sahaja.

Oleh itu utk thn 2013 ni saya akan mula meluangkan masa utk mendidik mereka, iaitu mengajar mengaji, solat bersama, mengulangkaji pelajaran bersama dan membaca buku cerita bersama. Ini bermakna saya harus korbankan masa rehat dan tidur saya. Tak apalah semoga pengorbanan ini diberkati Allah. Dan semoga dgn kehadiran saya dalam hidup anak2 hari ini akan menjadikan saya sentiasa hadir dlm hidup mereka bila mereka dewasa nnti.

Saya tidak mahu bila mereka menginjak dewasa, mereka rasakan tiada kenangan bersama saya melainkan kenangan waktu suka2 sahaja spt waktu bercuti, berseronok dan sbgnya. Saya mahu bila mereka dewasa nnti mereka sentiasa ingat bhw mama lah yg mengajar mereka mengenal huruf alif ba ta, mama solat bersama2 mereka, mama yg bercerita ttg cerita2 rasul, mama yg mengajar matematik and so on. Semoga diizinkan Allah...

Sebagai permulaan saya dah susun jadual saya.

Update seterusnya saya akan ceritakan bagaimana progress jadual saya tu.